Kuching, 21 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak dengan kerjasama
Aplus Management and Corporate Services telah dengan jayanya menganjurkan
Bengkel Asas Pengurusan Kewangan Organisasi untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO).
Bengkel selama
setengah hari itu dibimbing oleh Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin, perunding
kewangan yang juga merupakan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak. Beliau berkongsi
ilmu pengurusan kewangan yg berintegriti dan bagi membantu NGO mengurus akaun
pertubuhan di samping membina keyakinan penyumbang melalui pengurusan yang
profesional.
Bengkel ini juga
telah mengetengahkan inovasi CERMAT, perisian perakaunan yang dicipta sendiri
oleh Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin sebagai alat bantu kepada solusi
pengurusan kewangan NGO. Di samping dapat dimanfaatkan oleh NGO, CERMAT juga
terbukti membantu para usahawan kecil-sederhana.
Tiada ulasan
Catat Komen