ABIM Sarawak Anjur Bicara Tanwir: Syarahan al-Qur'an dan Sains


Kuching, 16 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak telah menganjurkan program Bicara Tanwir: Jerayawara Syarahan “Menyingkap Rahsia al-Qur’an dari Perspektif Sains”, bermula 15 Disember sehingga 17 Disember 2017. Bicara Tanwir kali ini menampilkan seorang tokoh akademia terkemuka Tanah Air, Dr. Mohd Arip Kasmo. Beliau adalah mantan tenaga pendidik dan penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta menekuni bidang Falsafah Sains, al-Quran & Sains, dan Pengukuhan Akeedah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran Al-Kareem (PASAK).

Program berlangsung dengan syarahan di beberapa lokasi di sekitar Kuching. Ketibaan Dr. Mohd Arip Kasmo disambut oleh Pengarah Program Encik Mohamad Rahmat Jamali, yang juga merupakan Ketua Biro Ekonomi dan Pemberdayaan Sumber ABIM Sarawak. Syarahan bermula pada dengan kuliah khas di Jabatan Kerja Raya (JKR) cawangan Kuching dan Kuliah Maghrib di Masjid Nurul Khair Kg. Semariang Batu pada 15 Disember, diikuti dengan Kuliah Subuh di Masjid AtTaqwa Kg. Pinang Jawa, Usrah Umum Pelajar Islam PERKEPIS di Sekretariat ABIM Sarawak, dan Kuliah Maghrib di Masjid al-Abyad Tmn Matang Jaya. Hari terakhir program digiatkan lagi dengan Kuliah Subuh di Masjid Darul Ibadah Kg. Semariang Lama dan Kuliah Maghrib di Masjid Husnul Khatimah Semerah Padi.

Pembicara menampilkan dapatan kajian beliau tentang korelasi antara kajian sains moden dengan al-Qur’an. Ini membuktikan bahawa Islam tidak pernah menyekat kemajuan dalam kalangan penganutnya, malah Islam terus releven dan terbukti saintifik.





TAG