Kuching, 09
Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak dan
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) menganjurkan Wacana PISA
siri ke-2 dengan membawa topik “Jerusalem Bukan Milik Israel”. Pembicara bagi
sesi wacana kali ini adalah Sdr. Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya, Yang
Dipertua PERKEPIS.
Wacana kali ini diadakan di Sekretariat ABIM Sarawak
(SASAR), Taman Sri Wangi, Kuching. Perbincangan menjurus kepada isu global
pasca pengisytiharan Jerusalem sebagai Ibu Kota Negara Haram Israel oleh
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Sesi kali ini bukan sekadar memberikan
penerangan tentang kronologi isu, tetapi juga membincangkan sejarah pergolakan
Timur Tengah, penubuhan negara haram Israel, hubungan Amerika dan dunia Barat
dengan Israel, perencanaan Pertubuhan Zionis Yahudi dan pergolakan geopolitik
dunia.
Tiada ulasan
Catat Ulasan