Kuching, 11
November 2017: ABIM Negeri Sarawak
berperanserta secara aktif dalam membangunkan kepemimpinan dalam kalangan
pelajar Islam di Negeri ini. Persidangan Majlis Pimpinan Persatuan Kebajikan
Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah diadakan, bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.
Persidangan ini menghimpunkan pimpinan dan wakil
koordinator PERKEPIS cawangan untuk melaporkan, mengemaskini dan membincangkan
pelbagai agenda pelajar Islam di negeri Sarawak. Persidangan dipengerusikan
oleh Encik Mohamad Rahmat Jamali, mantan Yang Dipertua PERKEPIS yang juga
merupakan Ketua Biro Ekonomi dan Pemberdayaan Sumber ABIM Negeri Sarawak.
Setiausaha ABIM Negeri Sarawak, Sdr. Mohammad Fazril
Mohd Saleh turut dilantik sebagai ahli lantikan Majlis Pimpinan dan berkongsi
pengalaman dan strategi pergerakan dan kepemimpinan pelajar Islam. Beliau
sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) sebuah pertubuhan induk pelajar dan mahasiswa Islam peringkat nasional.
Dalam ucapan penangguhan sidang, Yang Dipertua
PERKEPIS, Sdr. Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya menegaskan tekad membangun
pelajar Islam di Sarawak khususnya dalam konteks kepemimpinan dan peneguhan
jatidiri.
Tiada ulasan
Catat Ulasan