ABIM Sarawak di Ijtimak Haraki ke-5



Shah Alam, 14 Oktober 2017: Ijtimak Haraki ke-5 anjuran keluarga besar jamaah WADAH-ABIM-PKPIM merupakan majlis perhimpunan para aktivis jamaah ini dari seluruh pelusuk Tanah Air. Ijtimak Haraki kali ini diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan telah menghimpunkan lebih seribu orang peserta yang mewakili cawangan negeri masing-masing. Ijtimak Haraki ke-5 kali ini merangkumi sesi Muktamar Nasional Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ke-11, Muktamar Belia Islam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ke-46, dan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ke-56, Seminar Politik Islam dan Demokrasi serta Makan Malam Kita Satu Umat. ABIM Sarawak berperanserta dalam Ijtimak Haraki kali ini dengan delegasi yang diketuai Sdr. Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin, Sdr. Azizan Ajiji, Sdr. Fazril Saleh dan Cikgu Kathy Amalina.

Dalam Muktamar Belia Islam ABIM ke-46 kali ini, ABIM Negeri Sarawak membawakan usul yang menyarankan agar dibangunkan aplikasi telefon pintar mudah-alih khas bagi membolehkan penyaluran maklumat dan kemaskini infomasi ABIM dan Jamaah kepada ahli. Usul dibacakan oleh Naib Yang Dipertua ABIM Sarawak, Sdr Azizan Ajiji. Di samping itu, setiausaha ABIM Sarawak, Sdr. Fazril Saleh turut membahaskan ucapan dasar Presiden ABIM bertajuk “Memperteguh Tekad Perjuangan, Melakar Harapan Masa Depan” dan YDP ABIM Sarawak, Sdr. Wan Azizan Wan Zainal Abidin membahaskan usul yang dibentangkan.

Para muktamirin-muktamirat telah sepakat untuk menerima pelantikan pimpinan ABIM Pusat bagi sesi baharu 2017/2019: Presiden: Raimi Abd Rahim; Timb. Presiden: Khairul Anwar Ismail; Naib-naib Presiden: Jufitri Joha, Khairuddin Abbas, Azura Kamaruddin Sohami, Ahmad Fahmi Samsudin, Radin Imaduddin; Setiausaha Agung: Faisal Aziz; Pen. SUA: Zairuddin Hasyim; Setiausaha Kewangan: Syahrir Azfar Salleh; Pen. SUKEW: Maria Kamel.









TAG