Kota Kinabalu, 30 September 2017: Konvensyen
Imam al-Ghazali dengan tema “Menghidupkan Semula Tradisi Keilmuan Islam dalam
Mendepani Cabaran Baharu” anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri
Sabah berlangsung di Dewan Amil Jaya,
Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah, Likas. Program yang julung-julung kali
diadakan ini bersempena Sambutan 35 tahun ABIM Sabah dan Ijtimak Haraki jamaah
WADAH-ABIM-SISMA negeri Sabah. Ia menampilkan para ilmuwan dan pengkaji yang
berkongsi dapatan mereka melalui pembentangan makalah ilmiah dan perbincangan.
ABIM
Negeri Sarawak, melalui Naib Yang Dipertuanya, Sdr. Mohammad Fazril bin Mohd
Saleh (kini Setiausaha ABIM Sarawak) turut berperanserta sebagai pembentang
makalah dengan topik “Penerapan Nilai Etika Kepemimpinan Belia: Meninjau
Pesan-Pesan Imam Al-Ghazali Menerusi Karya Nasihat al-Muluk”.
Konvensyen
ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji
Aman. Ucaptama konvensyen disampaikan oleh Dr.Zaidi Ismail, Timbalan Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Para pemakalah lainnya adalah S.S
Datuk Ustaz Bungsu Aziz Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sdr Khairul Anwar Ismail
Naib Presiden ABIM (kini Timbalan Presiden), Dr. Yusuf Jasmin, dan Dr. Sani
Badron Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM.
Konvensyen
yang dihadiri oleh 500 orang peserta ini telah mengeluarkan lapan resolusi,
antaranya memperkasa akal masyarakat Muslim melalui penerapan dan penghayatan
khazanah keilmuan Imam Ghazali, memupuk akhlak mulia dalam kalangan belia
menerusi pemahaman ilmu psikologi Islam atau ilmu tadbir diri, dan menghakupaya
kepemimpinan belia Islam melalui refleksi atas kitab Nasihat al-Muluk Imam al-Ghazali.
Tiada ulasan
Catat Ulasan