Bandar Seri Begawan, 13
Disember 2017:
ABIM Negeri Sarawak melalui Setiausahanya Saudara Mohammad Fazril bin Mohd
Saleh telah berkesempatan mengadakan kunjungan kepada dua orang tokoh akademia
kelahiran Malaysia yang kini bertugas di Negara Brunei Darussalam, Prof. Datuk
Dr. Osman Bakar (Profesor di Sultan Omar Ali Saifuddin Centre of Islamic
Studies, Universiti Brunei Darussalam) dan Prof. Dr. Mahyuddin Yahaya (Profesor
Sejarah dan Pemikiran Islam di Universiti Islam Sultan Syarif Ali).
Selain
berziarah dan bersilaturrahim, kunjungan ini juga membincangkan banyak perkara
berkaitan hal ehwal keilmuan khususnya dalam bidang yang ditekuni oleh mereka
masing-masing. Kedua-dua mereka merupakan antara ilmuwan terkemuka yang
prolifik dan hasil penilitian mereka menjadi sumber rujukan dalam dunia akademik
bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.
Prof. Osman Bakar adalah
pakar dalam bidang falsafah manakala Prof Mahyuddin pakar dalam bidang sejarah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan