Kuching, 11 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak telah berperanserta
dalam Bengkel Pemantapan Pelan Strategik Majlis Tindakan Dakwah NGO Islam Sarawak,
anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Bengkel tiga hari dua malam ini
diadakan bermula 09 Disember 2017, bertempat di Hotel Riverside Majestic,
Kuching.
Bengkel disertai
pelbagai NGO Islam di Negeri Sarawak, antaranya Persatuan Kebajikan Pelajar
Islam Sarawak (PERKEPIS), Kor Agama ATM, MACMA Sarawak, PITAS UNIMAS, IKRAM
Sarawak, Yayasan Ikhlas, Ikatan Graduan Melayu Sarawak, Persatuan Kebangsaan
Melayu Sarawak, Islamic Information Centre, Harakah Islamiah (HIKMAH), PERKIM
Sarawak dan lain-lain. Bengkel ini memperhalusi dan mengemaskini progres pelan
tindakan strategik dakwah Sarawak yang pernah digubal sebelumnya.
Delegasi ABIM
Sarawak diwakili oleh Yang Dipertua Encik Azizan Wan Zainal Abidin dan Naib
Yang Dipertua Encik Azizan Ajiji. YDP ABIM Sarawak Encik Wan Azizan telah
berkongsi pengalaman model Tadika Islam dan juga inovasi sistem perakaunan
CERMAT.
Tiada ulasan
Catat Ulasan