ABIM Sarawak Rangkul Tempat Ketiga Perarakan Maulidurrasul Peringkat Negeri


Kuching, 01 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak telah menyertai Perhimpunan dan Perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2017/1439H, bertempat di Dataran Perpaduan, Jalan Stadium, Kuching, Sarawak.

Upacara Perasmian disempurnakan oleh YAB Datu Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak dan disaksikan oleh Pemangku Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Bujang Nor. Sebanyak 138 kontinjen daripada agensi kerajaan, badan berkanun, badan kewangan, Jawatankuasa Kampung dan Perumahan, Masjid dan Surau serta pertubuhan NGO menyertai perhimpunan kali ini.

ABIM Negeri Sarawak telah menghantar kontinjen perarakan seramai 30 orang anggota diketuai Sdr. Mohammad Fazril bin Mohd Saleh yang juga merupakan Setiausaha ABIM Negeri Sarawak dibantu oleh Sdr. Muhammad Zhariff Azhari.

Dalam sambutan tersebut juga, ABIM Negeri Sarawak telah merangkul tempat ketiga dalam pertandingan sepanduk dan perarakan bagi kategori D (Kampung/ JKKK/ Masjid-Surau Pesatuan/Kelab/Pertubuhan). Trofi dan hadiah disampaikan oleh YB Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kemudahan Awan (Elektrik dan Telekomunikasi) dengan disaksikan oleh Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan Haji Ismail bin Mohd Hanis, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).


TAG