Bandar Seri Begawan, 16 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak telah menziarahi Pusat Penyelidikan Halalan Toyyiba Universiti Islam Sultan Syarif Ali (UNISSA), Negara Brunei Darussalam. Diwakili setiausahanya, Mohammad Fazril Saleh, ABIM Negeri Sarawak telah disambut oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Toyyiba UNISSA, Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh.
Pusat ini baru ditubuhkan pada awal Januari yang lalu dan menawarkan program pengajian sarjana muda dan pasca-siswazah dalam sains pemakanan dan industri halal, di samping melakukan kajian lanjut berhubung industri halal di Brunei.
Dr. Nurdeng sebelumnya merupakan akademia di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan bergiat aktif bersama Akademi Kajian Ketamadunan, sebuah unit penyelidikan di bawah Kolej Dar al-Hikmah, institut pengajian tinggi di bawah ABIM.
Tiada ulasan
Catat Ulasan