Pada
hari Jumaat lalu, Majlis Diraja Jepun mengesahkan bahawa peletakan jawatan
Maharaja Akihito akan dibuat pada tahun 2019, sekaligus menamatkan 30 tahun
pemerintahan beliau di atas takhta “Krisantimum” Jepun. Beliau menegaskan
perletakan jawatan berkenaan adalah disebabkan usianya yang lanjut dan keadaan
kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk menjalankan amanah sebagai
Maharaja dengan berkesan.
Akihito
adalah Maharaja Jepun yang pertama menaiki takhta setelah tamat Perang Dunia
Kedua, menggantikan ayahanda beliau, Maharaja Hirohito yang terkenal dengan
peranan beliau sebagai figura utama yang mencetuskan polisi ketenteraan Jepun
yang agresif. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, institusi Maharaja Jepun tidak
lagi memainkan sebarang peranan politik, namun dikekalkan untuk mempertahankan
tradisi negara tersebut.
Akihito
akan digantikan dengan Putera Mahkota Naruhito yang akan ditabalkan sejurus
selepas peletakan jawatan berkenaan disahkan secara rasmi pada 30 April 2019.
Maharaja terakhir yang pernah meletakkan jawatan adalah Kokaku pada tahun 1817.
Akihito adalah Maharaja Jepun ke-125. *The
Guardian
Tiada ulasan
Catat Ulasan