Aktivis ABIM Sarawak Munsyid HAWARY



Kuala Lumpur, 07 Oktober 2017: Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 yang diadakan di PWTC tahun ini lebih istimewa kerana menampilkan munsyid terkemuka Sarawak, Hawary. Setelah sekian lama menyepi, Hawary kembali tampil membuat persembahan sulung mereka pada Mac lalu, dalam program Malam Nurani Insaniah (MANIS) solidariti terhadap rakyat Syria dan Rohingya yang menghadapi krisis kemanusiaan anjuran ABIM Negeri Sarawak, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak.

Baru-baru ini juga mereka tampil dalam persembahan di beberapa acara di Kuching. Malah, berhasil mengeluarkan album baharu yang pastinya dinanti-nantikan para peminat yang merindukan hiburan mendidik jiwa. Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak, Sdr. Ustaz Raufa Irman Abd Raub dan Exco ABIM Sarawak, Tuan Rahmat Jamali merupakan anggota tetap Hawary yang terus setia menggerakkan agenda dakwah dan tarbiyah dalam pelbagai platform.


TAG