
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya pengisytiharan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengumumkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Zionis-Israel.
Pengumuman ini juga menyaksikan kepimpinan Trump akan melakukan satu lagi jenayah perang, iaitu dengan memindahkan Kedutaan Amerika di Tel Aviv ke Baitul Maqdis.
ABIM percaya bahawa tindakan biadab dan kurang ajar Trump ini, akan membawa kesan berbahaya dan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini.
Tindakan dangkal ini juga berkemungkinan menyuburkan lagi unsur-unsur dan kegiatan keganasan serta ekstremisme yang memusnahkan.
ABIM ingin menyeru semua rakyat Malaysia – merentasi kaum dan kepercayaan – agar terus memberikan sokongan dan dokongan bagi menyebarkan kesedaran; berkenaan usaha memusnah dan memisahkan Kompleks Al-Quds dan bumi Palestin secara terancang.
Tidak ada alasan untuk kita berdiam diri, terhadap tindakan rejim Zionis yang cuba menguasai, mengotor dan membahagikan Masjid Al-Aqsa. Baitul Maqdis selamanya menjadi milik Palestin!
*Cuplikan Kenyataan Pendirian Sikap ABIM terhadap
Pengiktirafan Donald Trump atas Jerusalem sebagai Ibu Kota Israel
Tiada ulasan
Catat Ulasan