Surah al-Fajr (surah-89) adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, yang terdiri daripada 30 ayat.
Intisari Ayat:
1. Allah bersumpah dengan waktu fajr dan malam yang sepuluh yang mempunyai keistimewaan.
2. Kisah pengajaran dan teladan buat umat yang mengengkari kebenaran dibawa Nabi Muhammad s.a.w.
3. Kisah Kaum ‘Ad penduduk Bandar Iram yang diberikan Allah dengan ilmu dan kemahiran membina bangunan yang tinggi & kaum Thamud yang mempunyai kemahiran memahat batu dan bukit untuk dibuat binaan. Begitu juga dengan Firaun. Tetapi mereka menderhakai Allah.
4. Mereka bermaharajalela di negerinya, melakukan kesyirikan, penindasan dan kebinasaan.
5. Mereka diberikan balasan oleh Allah ketika di dunia. Malah akan menerima balasan dan azab di akhirat.
6. Ramai orang yang tidak mempedulikan balasan di akhirat dan lupa dengan kemewahan duniawi.
7. Orang-orang yang berharta dan bermewah di dunia, dan bukan sekadar tidak peduli kepada orang yang susah dan memerlukan malah menindas mereka, akan menerima balasan yang buruk di akhirat.
8. Mereka akan berasa menyesal kerana di dunia tidak berbuat amal dan meremehkan berbuat kebajikan.
9. Bagi orang yang berjuang dan beramal serta melakukan kebajikan membantu umat dan masyarakatnya, akan dibalasi Allah dengan redhanya dan balasan syurga.
Susunan oleh Sdr. Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir al-Azhar
Tiada ulasan
Catat Ulasan