Cinta Harta Lupa Tuhannya: Tadabbur Surah al-'Adiyat



Tadabbur Surah al-‘Adiyat (surah-100): Surah al-‘Adiyat adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, yang terdiri daripada 11 ayat. Nama surah ini diambil daripada perkataan al-'Aadiyat yang artinya berlari kencang yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Intisari Ayat:

  1. Allah bersumpah dalam bahasa yang indah dengan keistimewaan kuda yang digunakan manusia untuk berlari kencang dan melakukan serangan mengejut kepada pihak musuh.
  2. Allah memperihalkan keadaan manusia yang engkar dan kufur kepada Allah.
  3. Mereka terus menerus dalam keadaan engkar sehinggakan sikap mereka itu diketahui dan dimaklumi oleh orang ramai.
  4. Malah, mereka adalah orang yang tersangat kedekut dan bakhil dengan harta yang mereka peroleh, kerana kecintaan mereka kepada harta kekayaan duniawi.
  5. Sedangkan mereka mendengar dan mengetahui secara jelas tentang perintah Allah dan larangan-Nya.
  6. Sesungguhnya semua manusia akan mati, dan kemudian akan dibongkar semula kubur dan dihidupkan semula.
  7. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa rahsia yang disembunyikan di dalam hati seseorang hatta sehingga dia menyorokkannya sampai ke mati.
  8. Akan dipertunjukkan segala-gala perbuatan seseorang hamba baik yang zahir mahupun yang tersembunyi ketika di mahsyar kelak.



Susunan oleh Sdr Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir al-Azhar dan rujukan selainnya.




TAG