Kuching, 07 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan TASKI ABIM Sarawak telah menganjurkan lawatan ke VH Valley yang berlokasi di Matang, Kuching.
Program lawatan sambil belajar ini adalah sebahagian daripada pengisian program “Juh Bedango” sempena cuti sekolah akhir tahun 2017. Program berlangsung sehingga 22 Disember ini.
Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah sekitar Kuching dan Samarahan.
Peserta lawatan didedahkan dengan suasana alam flora dan fauna, mengenali haiwan ternakan dan lain-lain lagi. Program dibimbing oleh Sdr. Muhammad Zharif Azhari dan Sdri Siti Fatimah Julai.
Tiada ulasan
Catat Ulasan