Cuti Sekolah: Lawatan ke Planetarium Buka Minda Pelajar


Kuching, 19 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mengadakan aktiviti lawatan ke Planeterium Sultan Iskandar, Kuching. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah tentang ilmu sains astronomi di samping membuka minda tentang keluasan dan kehebatan ciptaan Tuhan.


Program ini adalah sebahagian daripada pengisian program “Juh Bedango” sempena cuti sekolah akhir tahun 2017, yang bermula dari 04 Disember dan berakhir pada 22 Disember 2017. Rombongan dipimpin oleh Saudari Siti Fatimah binti Julai, Bendahari Kehormat PERKEPIS.
TAG