Global: Deklarasi Istanbul, OIC Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Palestin


Pemimpin-pemimpin dunia Islam mengeluarkan deklarasi mengiktiraf Baitulmaqdis atau Jerusalem Timur sebagai Ibu Negara Palestin dalam sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul pada 14 Disember yang lepas, sekaligus menambahkan lagi tekanan ke atas Donald Trump.

Menyifatkan tindakan Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel sebagai “berbahaya”, deklarasi OIC berkenaan menyeru agar komuniti dunia turut serta dalam usaha memberikan pengiktirafan kepada Palestin sebagai negara berdaulat.


Sidang tergempar berkenaan dihadiri oleh 20 orang ketua negara-negara yang bergabung dalam OIC, manakala negara-negara lain diwakili oleh menteri luar negara. Dalam kenyataan balas, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel berkata bahawa deklarasi berkenaan “tidak menarik perhatian kami” dan berterusan menyifatkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara haramnya.  *Al-Jazeera
TAG