Di Balik Kepayahan Ada Kemudahan:Tadabbur Surah al-Syarh/ al-Insyirah


Tadabbur Surah al-Syarh (surah-94): Surah al-Syarh adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, yang terdiri daripada 08 ayat.

Intisari Ayat:

  1. Rasulullah s.a.w merupakan seorang pesuruh Allah yang dilapangkan dadanya, disinari dengan cahaya makrifat dan diampuni dosa-dosanya. Rasulullah s.a.w juga diberikan kelebihan kurniaan kelapangan dada saat berdepan dengan masyarakat yang buruk akhlak, yang menentang dakwah Rasulullah s.a.w sehinggakan mampu menyesakkan dada.
  2. Dosa adalah perkara yang membebankan. Maka beruntung bagi orang-orang yang sentiasa berusaha mensucikan diri daripada dosa.
  3. Keberuntungan dan nikmat yang wajar disyukuri bagi seorang Muslim yang diberikan kelapangan dada dalam beragama dan diberikan kemudahan dalam memikul bebanan dakwah di jalan Allah.
  4. Allah meninggikan martabat Rasulullah s.a.w. Tidaklah nama Allah disebut melainkan nama Nabi Muhammad juga disebut bersamanya. Sebagaimana disebut ketika seseorang masuk Islam, dalam azan, iqamah, khutbah dan selainnya. Dalam hati orang beriman pun, Rasulullah s.a.w begitu dicintai & diagungkan.
  5. “Para sahabat dahulu berkata bahawa satu kesulitan/ kepayahan/ kesusahan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.” (Tafsir Ibnu Kathir 7: 598)
  6. Orang beriman dan para da’i meyakini bantuan dan kemudahan akan tiba di kala berdepan kepayahan, permasalahan dan kesusahan. Sabar menanti adanya kelapangan adalah penyelesaian dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah.


Susunan oleh Sdr Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir dan rujukan selainnya.



7.         
TAG