Futsal Komrado Eratkan Ukhuwah Pertubuhan Belia


Kuching, 09 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak mengelolakan program perlawan persahabatan futsal, dikenali sebagai Futsal Komrado Tiga Penjuru.

Perlawanan persahabatan ini mempertentangkan tiga pertubuhan NGO Islam yang digerakkan para belia iaitu ABIM Negeri Sarawak, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) zon Sarawak dan Syabab Asyraaf Sarawak.

Program diadakan di gelanggang futsal Arena Sukan, Simpang Tiga Kuching, berlangsung selama dua jam bermula pukul 10:00 malam.

Seramai 50 orang belia Sarawak mewakili pasukan masing-masing melibatkan diri dalam perlawanan persahabatan ini.

Yang Dipertua ABIM Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin dalam ucapannya menyatakan penghargaan atas kebersamaan yang ditunjukkan.

Beliau juga mengharapkan penganjuran program bersama sepertinya pada masa mendatang, demi pembangunan belia Islam di Negeri Sarawak.





TAG