Dalam sebuah insiden dramatik yang
berlaku di Kiev, Mikhail Saakashvili, bekas gabenor sebuah wilayah di Ukraine
telah diberkas oleh pihak polis atas pertuduhan rasuah. Namun, beliau menafikan
dakwaan berkenaan dan menuduh Presiden Ukraine sebagai korup dan cuba untuk
menutup mulut para pejuang anti-korupsi seperti beliau.
Saakashvili kemudiannya dilepaskan
oleh penyokong-penyokongnya yang memprotes dan mengerumuni van polis sebelum
ditangkap semula di lokasi yang berlainan. Insiden tersebut dilihat sebagai
simptom kegagalan Ukraine dalam membendung konflik politik dalaman yang telah
berlarutan sejak terjadinya Revolusi Maidan pada tahun 2014 yang menjatuhkan
Presiden pro-Rusia Viktor Yanukovych yang telah dilantik secara demokratik.
Pasca revolusi berkenaan, Ukraine
telah mengalami krisis berpanjangan seperti perang saudara yang telah
memecahkan negara berkenaan kepada dua. Pada masa yang sama, fenomena korupsi
berleluasa yang menjadi sebab kepada Revolusi Maidan masih tidak dibendung oleh
pemerintah Ukraine.
Lebih parah, kepimpinan tertinggi
Ukraine kini dikuasai oleh oligarki tempatan yang korup dan tidak berintegriti.
Saakashvili merupakan bekas Presiden Georgia yang pada awalnya dijemput oleh
Presiden Petro Poroshenko untuk menjadi Gabenor wilayah Odessa bagi mengetuai
reformasi anti-korupsi, namun telah dipecat disebabkan perbezaan pendapat
antara keduanya. *The Economist dan The Guardian
Tiada ulasan
Catat Ulasan