Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) telah meluluskan resolusi menolak Baitulmaqdis atau Jerusalem Timur
sebagai ibu negara haram Israel, sekaligus mengkritik tindakan Donald Trump
yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. 128 buah negara
menyokong resolusi berkenaan, manakala hanya 9 buah negara menolak dan 35
negara berkecuali.
Keputusan berkenaan menunjukkan
kepada dunia bahawa majoriti negara dunia tidak menyokong tindakan berat
sebelah Trump dan mahukan isu status Baitulmaqdis diselesaikan melalui
rundingan antara Israel dan Palestin.
Tindakan berani 128 buah negara ini
dibuat walaupun mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat melalui ancaman
menarik balik bantuan kewangan kepada negara-negara yang menyokong resolusi
berkenaan.
128 buah negara berkenaan mewakili
suara lebih 90% penduduk dunia, sekaligus memberikan harapan kepada rakyat
Palestin bahawa masih ada harapan untuk mereka medapatkan keadilan dan
kebebasan daripada cengkaman penjajahan haram Israel. Presiden Palestin,
Mahmoud Abbas menyifatkan kemenangan resolusi berkenaan sebagai kemenangan buat
rakyat Palestin. Beliau juga menyifatkan Amerika Syarikat tidak lagi layak
menjadi mediator antara Palestin dan Israel.
*The Guardian dan CNN
Tiada ulasan
Catat Komen