Global: Pemilihan Parti ANC Sengit


Proses pemilihan Presiden Parti African National Congress (ANC) berakhir dengan kemenangan tipis buat Timbalan Presidennya, Cyril Ramaphosa yang berjaya menewaskan musuh politiknya, Nkosazana Dlamini-Zuma. Ramaphosa hanya berjaya menang tipis sebanyak 200 undian dalam proses pemilihan yang sengit dan tegang.

Dlamini-Zuma adalah merupakan bekas isteri kepada Presiden ANC, Jacob Zuma yang dituduh sebagai pemimpin paling korup sepanjang berakhirnya rejim apartheid Afrika Selatan. Sejak Nelson Mandela, setiap Presiden Parti ANC telah memenangi pemilihan Presiden Afrika Selatan, menjadikan Cyril Ramaphosa calon pilihan untuk menjadi pengganti Jacob Zuma sebagai Presiden.

Ramaphosa adalah calon yang digemari kerana memiliki kewibawaan sebagai reformis yang berjanji akan membersihkan Afrika Selatan daripada gejala korupsi yang berleluasa sepanjang pemerintahan Zuma. Media antarabangsa menyifatkan kemenangan beliau sebagai kemenangan puak anti-korupsi menentang rejim kleptokrasi. *The Economist


TAG