Bekas Presiden Chile daripada parti konservatif,
Sebastian Pinera telah memenangi pilihan raya Presiden yang berakhir
pertengahan Disember lalu, menewaskan calon berhaluan kiri, Alejandro Guillier.
Kemenangan beliau berikutan populariti penyandang jawatan Presiden, Michele
Bachelet yang merudum akibat skandal korupsi melibatkan anaknya.
Pemilihan Presiden Chile ini
meneruskan lagi trend kemenangan buat calon-calon konservatif-kanan di Amerika
Selatan selepas kemenangan Mauricio Macri di Argentina dan Horacio Cartes di
Paraguay.
Pada dekad yang lepas, Amerika
Selatan merupakan kubu kuat politik berhaluan sosialis-kiri, antaranya dipimpin
oleh Luis Inacio Lula Da Silva (Brazil), Hugo Chavez (Venezuela) dan Evo
Morales (Bolivia). Namun, krisis demi krisis telah meranapkan keyakinan rakyat
Amerika Selatan terhadap parti berhaluan kiri di benua Amerika Selatan.
Chile merupakan antara negara
termaju di Amerika Selatan, memiliki sektor ekonomi dan pendidikan yang mantap.
Namun, keyakinan rakyat terhadap parti-parti tradisional di Chile semakin merudum
akibat kepimpinan politik yang dianggap elitis. Kurang daripada 60% rakyat
Chile turun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. *The Guardian dan The Economist
Tiada ulasan
Catat Ulasan