Presiden Honduras, Juan Orlando
Hernandez diisytiharkan sebagai pemenang pemilihan Presiden oleh Mahkamah
Honduras pada 18 Disember, walaupun terdapat kontroversi melibatkan isu
penipuan dalam pengiraan undi.
Pencabar beliau, Salvador Nasralla
mengumumkan bahawa beliau dan partinya menolak keputusan pilihan raya yang
diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Honduras yang menurut dakwaan beliau penuh
dengan “penyelewengan”. Parti pemerintah dituduh cuba mengadakan penipuan
selepas proses pengumuman keputusan pengundian “terhenti” secara misteri selama
lebih 12 jam tanpa sebarang penjelasan.
Konflik politik Honduras dijangka
berterusan setelah Nasralla mengumumkan akan membawa isu penipuan ini ke
peringkat antarabangsa, dan menyeru para penyokongnya untuk terus memprotes
keputusan pilihan raya berkenaan di jalanan.
*The Guardian
Tiada ulasan
Catat Ulasan