Hidup Berjuang untuk Berjasa, Tadabbur Surah al-Balad



Surat al-Balad (surah-90) adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, yang terdiri daripada 20 ayat.
Dinamakannya al-Balad (negeri/ kota), mengambil perkataan ‘al-Balad’ yang dalam ayat pertama surah ini. Menurut jumhur Mufassirin, yang dimaksud dengan balad/ negeri di sini ialah kota Makkah al-Mukarramah.

Tema-tema Pokok:

1. Keistimewaan Makkah al-Mukarramah;
2. Kebangkitan Nabi Muhammad di Makkah dan cabarannya;
3. Makkah sebagai lokasi terbitnya misi profetik dan ajaran Tawhid;
4. Manusia diciptakan Allah untuk hidup berjuang;
5. Karenah manusia yang berjuang dalam hidupnya untuk perkara tidak bermanfaat untuk akhiratnya;
6. Jangan terpedaya dengan harta dan kekuasaan. Jangan disia-siakan ke jalan tiada kemanfaatan;
7. Allah mengurniakan akal dan pancaindera serta menurunkan wahyu sebagai panduan, dan manusia membuat pilihannya sama ada melalui jalan kebaikan dan kebahagian, atau jalan keburukan dan kesengsaraan;
8. Jalan kebaikan dan kebahagian adalah jalan yang sukar ditempuh bagi manusia, kerana manusia yang ingin mendaki jalan kebaikan dan kebahagiaan perlu mengorbankan diri dan hartanya;
9. Suruhan berbuat kebajikan dan amalan soleh seperti membantu manusia dalam kepayahan, memberi makan kepada orang yang kelaparan, membantu anak yatim, fakir miskin.
10. Hidup berjuang untuk berjasa adalah tanda beriman kepada Tuhan!
11. Balasan Syurga dan kebahagian hakiki bagi para pejuang yang berjasa!


Susunan Sdr. Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir al-Azhar
TAG