Inisiatif Dapur Helwa: Berkongsi Rezeki Tuhan
DAPUR HELWA
•BANTU KAMI•
(1) Sumbangan kewangan atau bahan masakan;
(2) Info lokasi golongan memerlukan.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Kepada masyarakat Sarawak yang budiman,
Pihak ABIM Negeri Sarawak meneruskan inisiatif dwi-mingguan kami menyediakan juadah makan malam bagi golongan yang memerlukan (fakir miskin/ gelandangan/ pelajar kurang berkemampuan/ dll)
Inisiatif ini dinamakan DAPUR HELWA.
Aktivis ABIM Sarawak akan memasak sendiri hidangan ini bagi memastikan kualiti nutrisi dan kebersihan terjaga.
Kegiatan memasak dan mengagihkan makanan dilakukan pada hari Jumaat malam setiap dua minggu.
Justeru, sumbangan anda diperlukan:
Untuk menyampaikan info tentang golongan yang memerlukan, sila whatsApp maklumat anda kepada 019-858 9002 (Dijah)/ 013-823 9029 (Fifah)
Sumbangan barang/bahan masakan boleh dihantar ke Sekretariat ABIM Sarawak beralamat di Tingkat 1, Jln. Menggris, Taman Sri Wangi, Kuching (berdepan Surau al-Quddus). Sekretariat dibuka pada Isnin hingga Jumaat dari jam 8:30pg - 04:30ptg. Atau boleh disampaikan kepada mana-mana premis TASKI ABIM di Kuching dan Samarahan.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada akaun Bank Islam 'ABIM SARAWAK': 11013010075532. Sila ajukan melalui WhatsApp slip masukan atau pindahan wang anda ke 019-858 9002 (Dijah) / 013-823 9029 (Fifah).
Kami sekadar cuba membantu. Hidup Biar Berjasa!
Berkongsi rezeki Tuhan!
Tiada ulasan
Catat Ulasan