Iraq Isytihar Kemusnahan Daesh di Iraq



Tanggal 09 Disember 2017 menjadi titik bersejarah buat rakyat Iraq dengan pengisytiharan kekalahan dan pengusiran Daesh/IS daripada wilayah jajahannya di Iraq. Perdana Menteri Iraq, Haidar al-Abadi membuat pengumuman berkenaan setelah saki-baki puak ekstremis Daesh diusir daripada seluruh wilayah majoriti Sunni di Iraq yang pernah dijajah oleh Daesh sejak tiga tahun lepas.

Pada kemuncak peperangan menentang Daesh, ribuan rakyat Iraq telah terbunuh dan jutaan lagi terpaksa menjadi pelarian. Bandar kedua terbesar Iraq, Mosul kini telah 80% musnah. Tal Afar, Hawija dan Mosul adalah antara bandar-bandar yang telah dibebaskan daripada pengaruh Daesh dengan kadar kehancuran material dan kemanusiaan yang tinggi.

Sehingga kini, tidak ada sebarang pelan perancangan untuk pembinaan semula bandar-bandar berkenaan diumumkan oleh kerajaan Iraq.  *The Guardian


TAG