Tadabbur Surah al-Bayyyinah (surah-98): Surah al-Bayyinah adalah
dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, yang terdiri daripada 08 ayat.
Intisari Ayat:
- Surah ini memperihalkan keadaan kaum ahli Kitab yang melakukan penyimpangan setelah Allah membangkitkan rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah menjadi kufur kepada Allah walaupun pada awalnya mereka beriman dan menantikan ketibaan rasul akhir zaman itu. Akhirnya kelompok mereka sendiri berpecah belah setelah datangnya bukti kenabiannya yang nyata di hadapan mereka.
- Dalam kalangan mereka ada yang beriman dengan ajaran Nabi akhir zaman, da nada yang kufur serta melakukan pemesongan terhadap kitab suci mereka, kerana keangkuhan dan kesombongan mereka.
- Allah meredhai ajaran agama Islam sebagai agama yang lurus yang hadir dengan mesej dan bukti yang terang nyata. Orang beriman dijanjikan ganjaran pahala dan syurga manakala orang kufur akan mendapat akibat azab.
- Keutamaan bersifat “khasyyah” iaitu takutkan Allah kerana cinta dan taat, mendorong diri seseorang hamba melakukan amal ketaatan dan menghindari larangan-Nya.
Susunan oleh Sdr Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir al-Karim al-Rahman dan
rujukan selainnya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan