Islam
datang ke dunia Melayu dengan membawa perubahan yang besar. Dunia Melayu yang
selama ini terbelenggu oleh alam mitos dan tahyul, yang menggeruni petaka alam
semulajadi, tiba-tiba bangun dengan tamadun yang bertonggakkan akal rasional
dan ilmu pengetahuan.
Tradisi
besar yang disebut sebagai tradisi intelektual ini mengheret dunia Melayu
ketengah-tengah dunia antarabangsa Islam. Pusat-pusat pentadbiran dan ilmu
pengetahuan di rantau ini terikat dan berhubung dengan pusat-pusat Islam di
Timur Tengah dari pelbagai segi, dalam satu wilayah yang disebut ‘Darul Islam’.
Tradisi intelektual dan kesyumulan Islam itu sendirilah yang memungkinkan terbentuknya
sekelompok manusia yang jadi pembimbing dan penyuluh masyarakat yang dikenali
sebagai ‘ulama’.
Sarawak
di zaman pemerintahan Kesultanan Brunei disebut “Darul Aman”, sebagai penyataan
bahawa ia terangkai di dalam ‘Darul Islam’ di mana Brunei adalah sebahagian
daripadanya.
Cuplikan makalah
“Peranan Ulama dalam Sejarah dan Kehidupan Masyarakat Sarawak”
dlm. ‘Islam dan
Peranan Ulama-ulama Sarawak’ (1988)
oleh Tuan Haji
Raslie Saharan, Pengerusi Majlis Syura Jamaah W-A-P Sarawak
Tiada ulasan
Catat Ulasan