Sejarah
kedatangan dan pertapakan masyarakat Arab Hadrami ke Alam Melayu seringkali
dikaitkan dengan aktiviti penyebaran dan pengukuhan agama Islam dalam kalangan
masyarakat tempatan. Bagi negeri Sarawak, peranan masyarakat Arab dalam
aktiviti penyebaran dan pengukuhan agama Islam dalam kalangan masyarakat
tempatan adalah begitu jelas sekali.
Kerajaan
awal seperti Sarawak atau Santubong, Kalaka, Saribas, Melanau dan
Samarahan-Sadong merupakan kerajaan
bebas yang ditadbir oleh para ‘Sharif’ atau ‘Sayyid’ berketurunan Arab Hadrami
berasal dari Hadramaut, Yaman Selatan bernasabkan kepada Rasulullah s.a.w.
Sekelompok
masyarakat Arab Hadrami yang berhijrah ke Sarawak berketurunan ahlul bayt yang bersambung nasabnya kepada
Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan gelaran ‘Wan’, ‘Tuanku’, ‘Syarif’ dan ‘Sayyid’
(Syed) untuk lelaki dan ‘Syarifah’ untuk perempuan. Golongan ini adalah zuriat
Sayyid Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir dan dijuluki sebagai keturunan al-‘Alawiyyin
Kebanyakan
golongan Sayyid dan Syarif yang menetap di Sarawak pada pertengahan 1700 dan
awal 1800 Masihi adalah pemimpin masyarakat daerah bebas terutama daerah Skrang
(atau Sakkaran – terletak di antara daerah Sri Aman dan Betong) hingga ke
Saribas sebelum kedatangan Rajah Putih Sarawak yang pertama, James Brooke pada
tahun 1839.
Antara
gelaran keluarga atau Qabilah Arab Hadrami ‘Alawiyyin ini adalah al-Banahsan,
al-Bin Yahya, al-‘Aydrus, al-Syagran as-Seggaf, al-Baraqbah, al-Qadri,
al-‘Aidid dan lain-lain yang maklumatnya terdapat di Maktab Al-Daimi Rabitah
‘Alawiyyah .
Cuplikan buku Islam di Sarawak:
Wawasan
Islam dalam Riwayat dan Sumber Tempatan” (2017),
karya panel ANSAB terbitan Sanggar Bitara
Karang Mengarang
Tiada ulasan
Catat Ulasan