Presiden
ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim bersama pimpinan dan aktivis ABIM telah berperanserta
dalam “Himpunan Intifada Baitul Maqdis: Keadilan Untuk Palestin” di hadapan
Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu (15
Disember 2017).
ABIM percaya bahawa tindakan
biadab dan kurang ajar Donald Trump yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram
Zionis-Israel, akan membawa kesan berbahaya dan buruk terhadap kestabilan dan
keselamatan rantau ini. Tindakan dangkal ini juga berkemungkinan
menyuburkan lagi unsur-unsur dan kegiatan keganasan serta ekstremisme yang
memusnahkan.
Kekejaman
dan kezaliman berterusan rejim Zionis-Israel dan pentadbiran Trump terhadap
rakyat Palestin, perlu dikecam, dikutuk dan ditentang dengan apa jua cara. Amatlah
jelas dan nyata, rakyat Palestin sudah terlalu lama dipinggirkan tanpa
pembelaan sewajarnya. Kehidupan mereka berterusan dhaif dan derita dalam banyak
perkara.
Pidato
Presiden ABIM dalam himpunan tersebut boleh ditonton di pautan ini:
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/videos/1805436829468962/
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/videos/1805436829468962/
*FB ABIM Pusat
Tiada ulasan
Catat Ulasan