Bagaimana pula sikap anda dgn hati anda? Hati yang
dimaksudkan di sini bukanlah hati sanubari iaitu seketul daging yang berbentuk
jantung yang terletak di sebelah kiri dada yang mengepam darah ke seluruh tubuh
untuk membekalkan oksigen dan zat makanan kepada sel-sel. (Yang dimaksudkan
dengan hati di sini) ianya satu latifah
(tenaga seni) yang bersifat rohaniah. Ia merupakan hakikat manusia yang
bertanggungjawab menerima perintah Allah, menerima hukuman dan sebagainya.
Akhlak
samada ianya baik atau sebaliknya adalah cermin dalaman, keadaan atau suasana
yang terdapat dalam jiwa seseorang. Kalau perbuatan atau perlakuan yang muncul
tersebut itu elok dan terpuji dari sudut pandangan akal dan syarak, maka keadaan
atau suasana itu diistilahkan sebagai akhlak yang baik dan kalau sebaliknya
yang terjadi maka ia dinamakan akhlak yang buruk. Demikian juga pegangan akidah
seseorang itu samada ianya sahih atau sebaliknya bergantung kepada sifat kalbu.
Dengan kata lain akidah dan akhlak tertumpu secara khusus kepada perihal
kerohanian atau perihal dalaman diri manusia.
Sabda
Rasulullah s.a.w “Ketahuilah! Bahawa di
dalam badan ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan
apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati”(H.R.
Bukhari dan Muslim).
Perkara
yang datang kepada hati itu terlalu banyak. Lintasan-lintasan hati datang
bertalu-talu kepadanya seperti anak-anak panah yang sentiasa jatuh padanya dan
seperti air hujan yang sentiasa menghujaninya malam dan siang, tidak
putus-putus dan kita tidak mampu menghalang lintasan-lintasan hati itu, lalu
ianya terhalang daripada mendatangi kita.
Dan
tidaklah hati itu menempati dan sama dengan mata yang berada di antara dua
kelopak mata, apabila dipejamkan kita dapat beristirehat atau kita berada di
tempat sunyi daripada manusia atau di malam yang gelap maka penglihatan
keduanya akan terpelihara daripada ternampak yang dilarang atau seperti lidah
yang ianya terletak di belakang dua dinding iaitu gigi dan dua bibir dan kita
dapat menghalangnya dan mendiamkannya, sebaliknya hati adalah sasaran bagi
lintasan-lintasan hati yang kita tidak berdaya menghalanginya dan memeliharanya
daripada lintasan hati. Ia adalah suatu perkara yang sukar dan ujian yang amat
besar yang kita terpaksa berada dalam kepayahan belaka.
Memandangkan
hebatnya pengaruh kalbu atau hati itu dan supaya ianya sentiasa dalam keadaan
bersih dari sifat sifat yang tercela maka disinilah peranannya Ilmu Tasawuf.
(Cuplikan daripada tulisan
Almarhum Ustaz Awang Pon Awang Sebon, Ketua Hakim Syarie pertama Negeri Sarawak
dan pengasas ABIM Sarawak, dlm laman blognya Dewan Syura Weblog
–muallimawang.wordpress.com)
Tiada ulasan
Catat Ulasan