Konsep
Islam sebagai ad-din dan perjuangan untuk mewujudkan masyarakat masyarakat
Islam tulen yang dibawa oleh ABIM mencerminkan identiti tersendiri sebagai
sebuah gerakan yang berbeza dasar, metodologi dan matlamat dengan lain-lain
pertubuhna sukarelawan Islam yang lain di Sarawak pada waktu itu. Selain itu
kepemimpinan wadah dakwah di Sarawak pada masa yang sama didominasi oleh ahli
politik menambah keraguan mereka yang berminat kepada dakwah yang akhirnya
cenderung kepada ABIM.
ABIM
Sarawak melihat bahawa kefahaman asas Islam sangat penting untuk melaksanakan
Islam dalam kehidupan. Islam, cuba dijelaskan dan diungkapkan dalam pengertian
yang lebih luas meliputi seluruh aspek kehidupan sejajar dengan seruan bahawa Islam sebagai Cara Hidup.
Pengetahuan
tentang Islam tidak hanya mencakup aspek ibadat dan kerohanian semata-mata malahan
dalam setiap gerak kerja dan denyut nadi kehidupan. Tema-tema tentang budaya
ilmu, kerja sebagai ibadat, amal jama’i dan pelbagai lagi dikupas dan dibahas,
difahami seterusnya cuba dihayati.
Cuplikan “Peranan
Pertubuhan Sukarela Islam dalam Mengisi Perkembangan Islam di Sarawak” dlm. Islam di Borneo (2009)
oleh Shaharuddin Badaruddin dan Zamri Mohamad (Pengerusi WADAH)
Tiada ulasan
Catat Ulasan