Kerajaan Baharu Zimbabwe Tertubuh


Presiden kedua Zimbabwe yang baharu dilantik pada 01 Disember lalu, Emmerson Mnangagwa telah melantik kerajaan baharu pasca peletakan jawatan Robert Mugabe. Pelantikan berkenaan ternyata mengecewakan para demokrat dan aktivis pembangkang Zimbabwe yang mengharapkan nafas baru dalam usaha pendemokrasian negara.
Kerajaan baharu berkenaan termasuk muka lama era Mugabe yang kontroversial seperti Patrick Chinamasa manakala tentera Zimbabwe diwakili oleh dua orang general ternama yang telah mengetuai “operasi ketenteraan” yang memaksa Mugabe meletakkan jawatannya. Major General Sibusiso Moyo dan General Perence Shiri masing-masing dianugerahkan jawatan Menteri Luar Negara dan Menteri Pertahanan.
Lebih mengecewakan, tiada wakil pembangkang diwakili dalam kerajaan baharu berkenaan setelah Presiden Mnangagwa menjanjikan sebuah kerajaan inklusif dalam “demokrasi baru” untuk seluruh rakyat Zimbabwe pada ucapannya ketika majlis perlantikan beliau pada Jumaat lepas di Harare. *The Guardian


TAG