Kesepakatan ABIM Sarawak-ABIM Sabah



Shah Alam, 15 Oktober 2017: ABIM Sarawak dan ABIM Sabah merupakan dua pertubuhan ABIM cawangan negeri yang secara geografi terletak di Malaysia Timur atau Malaysia Borneo. ABIM Sarawak hampir mencecah usia 40 tahun manakala ABIM Sabah mencapai usia 35 tahun sejak penubuhan.

Malaysia Timur adalah wilayah yang unik dengan kepelbagaian latar etnik, budaya dan agama. Justeru, dalam pertemuan sempena Ijtimak Haraki, ABIM Sarawak dan ABIM Sabah memperbaharu tekad kerjasama dan kesepakatan dakwah antara kedua-dua organisasi dalam membangun Sarawak dan Sabah yang sejahtera. Pelbagai kegiatan dan aktiviti bersama direncanakan.


Dalam kesempatan pertemuan ini juga, YDP ABIM Sarawak mewakili ABIM Sarawak menghadiahkan buku “Islam di Sarawak: Wawasan Islam dalam Riwayat dan Sumber Tempatan” terbitan Sanggar Bitara Karang Mengarang kepada ABIM Sabah melalui YDPnya, Sdr. Jaafar Mahmud.
TAG