Laylatul Qadar Keistimewaan Umat Nabi: Tadabbur Surah al-Qadr


Tadabbur Surah al-Qadr (surah-97): Surah al-Qadr adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, yang terdiri daripada 05 ayat.

Intisari Ayat:

  1. Surah ini memperihalkan keitimewaan satu malam yang dikenali sebagai malam al-Qadar (laylat al-Qadr). Shaykh ‘Abdurrahman bin Nashir al-Sa’di berpandangan, “Disebut lailat al-qadar kerana kemuliaan dan keutamaan malam tersebut di sisi Allah. Pada malam tersebut ditetapkan berbagai perkara yang akan terjadi pada satu tahun, yaitu ditetapkan ajal, rezeki, dan berbagai takdir.” (Tafsir al-Karim al-Rahman).
  2. Pada malam tersebut juga diturunkan al-Qur’an al-Karim. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.: “Al-Qur’an secara keseluruhan diturunkan dari Luh al-Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Lalu diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam jangka waktu 23 tahun.” (HR. Thobari, An Nasa’i)
  3. Lailat al-Qadar adalah malam penuh kemuliaan. Pada malam tersebut, para malaikat turun ke langit dunia sehingga keadaan bumi penuh sesak. Malaikat turun membawa keberkahan dan rahmat. Pada malam tersebut datang keselamatan dan kesejahteraan sehingga terbit fajar. Inilah keitimewaan bagi umat Rasulullah s.a.w.


Susunan oleh Sdr Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir al-Karim al-Rahman dan rujukan selainnya.




TAG