Memberi dan Bersedekah, Urusan Hidup Allah Permudah: Tadabbur Surah al-Layl


Tadabbur Surah al-Layl (surah-92): Surah al-Layl adalah dikelompokkan dalam golongan surah Makkiyah, yang terdiri daripada 21 ayat.

Asbab Nuzul & Intisari Ayat:

  1. Asbab Nuzul: Kisah seorang lelaki miskin yang memunyai ramai anak yang datang mengadu kepada Rasulullah kerana jirannya telah melakukan sesuatu yang tidak wajar. Jiran lelaki miskin itu seorang yang berharta dan memilik pokok kurma. Pokok kurma terbaiknya terletak di rumahnya sendiri, dan berbuah lebat sehingga terjulur tangkainya ke rumah lelaki miskin itu. 
  2. Apabila suatu hari lelaki itu memetik buah kurmanya, buah kurma di tangkai terjulur tadi jatuh ke dalam rumah lelaki miskin. Anak-anak lelaki miskin yang masih kecil terus mengutipnya dan memakannya. Lelaki pemilik kurma itu turun daripada pokok dan merampas semula buah kurmanya daripada anak-anak kecil tadi, malah mengorek mulut mereka untuk mendapatkan kembali buah kurma tersebut.
  3. Rasulullah bertemu lelaki pemilik kurma tadi dan menjanjikan Allah akan gantikan tangkai yang terjulur keluar itu dengan pokok kurma khas untuknya di syurga, jika dia menghadiahkannya kepada Rasulullah untuk diberikan kepada orang miskin itu. Lelaki itu berat hati melepaskan walau tangkai pokok itu kerana sayangnya kepada pokok kurma terbaiknya.
  4. Perbualan itu didengari oleh seorang lelaki lain. Beliau bertanyakan Rasulullah adakah janji Rasulullah tentang diciptakan Allah pokok kurma khas di syurga juga untuknya sekiranya beliau berada di tempat lelaki pemilik pokok kurma tersebut? Rasulullah mengiyakan. Kerana beriman, dan meyakini janji Allah dan Rasulullah, beliau bertemu pemilik pokok tadi, dan membeli pokok itu dengan harga yang sangat mahal iaitu 40 pokok kurma lain. Lalu beliau hadiahkan kepada Rasulullah dan Rasulullah memberikannya kepada lelaki miskin tadi. Surah ini diturunkan sesudah itu.
  5. Manusia melangsungkan kehidupannya dengan melakukan pelbagai pekerjaan – lumrah manusia bekerja memenuhi keperluan hidup. Orang yang beriman kepada Allah, mengakui adanya kebaikan dengan menginfakkan hartanya yang beliau peroleh hasil pekerjaannya. Maka Allah akan memudahkan segala urusan mereka di dunia ini.
  6. Balasan yang buruk bagi orang yang mendustakan yakni orang yang kufur nikmat yang Allah berikan dan bersikap bakhil. Sedangkan redha Allah dan balasan syurga dan nikmatnya bagi orang yang beriman dan berinfak


Susunan oleh Sdr. Fazril Saleh
Rujukan: Tafsir Jalalayn dan sumber-sumber lain


TAG