Mesej Keamanan Sejagat Kanak-kanak Sarawak


Kuching, 07 Disember 2017: ABIM Negeri Sarawak bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mengadakan aktiviti “Kids4Humanity” yang bertujuan menumbuhkan perasaan peduli dan menyampaikan mesej jelas sokongan kanak-kanak Malaysia khususnya warga negeri Sarawak kepada rakan-rakan sebaya mereka di bumi bergolak Palestin.


Aktiviti ini dijalankan dengan mengaplikasikan upaya kreatif pada diri kanak-kanak dengan melukis dan mewarnakan lukisan yang membawa mesej keamananan sejagat dan sokongan moral kepada perjuangan rakyat Palestin. Program ini adalah sebahagian daripada pengisian program “Juh Bedango” sempena cuti sekolah akhir tahun 2017.
TAG