Delegasi
pasukan bantuan Musim Sejuk Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) kini berada di
sempadan Turki-Syria bagi menyalurkan bantuan secara langsung kepada para
“muhajirin” Syria yang berlindung di sempadan Turki-Syria.
Misi kali ini
diketuai oleh duta MLLFS yang juga merupakan selebriti tempatan, Farah Fauzana
binti Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai FaFau telah berangkat ke sempadan
Turki-Syria sejak 18 Disember lalu, dengan membawa sumbangan rakyat Malaysia
sejumlah kira-kira RM 300,000.00.
Antara
bantuan yang dihantar ke sana termasuklah set kelengkapan musim sejuk, bantuan
bahan bakar, makanan, susu bayi serta bantuan pusat pembangunan pendidikan
anak-anak Syria dan pusat rehabilitasi mangsa perang. Delegasi dijangka pulang
ke Malaysia pada 26 Disember ini.
MLLFS yang
juga merupakan salah satu agensi bantuan kemanusiaan yang bernaung di bawah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sentiasa konsisten menghulurkan bantuan
kepada masyarakat Syria yang kini hidup dalam krisis.
Layari laman FB MLLFS
untuk kemaskini kegiatan dan misi bantuan: www.facebook.com/MLL4S. Sumbangan
masih diperlukan, untuk menyumbang sila ke pautan: www.billplz.com/fafau4syria.
*Redaksi
Tiada ulasan
Catat Ulasan