Slobodan
Praljak, bekas ketua militia berbangsa Croat ketika era Perang Saudara di
Bosnia telah membunuh diri dalam insiden dramatik dalam persidangan mahkamah International Court of Justice di The
Hague, Belanda pada hari Rabu yang lalu (29 November 2017).
Beliau
pada asalnya telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun selepas disabitkan
bersalah kerana melakukan jenayah perang ketika Perang Saudara Bosnia pada
tahun 1992 hingga 1995. Jenayah perang beliau kebanyakannya dilakukan dalam
pertempuran di Mostar yang menyaksikan kerosakan dan kemusnahan teruk kepada
infrastruktur dan masyarakat tempatan.
Dalam
saat terakhir sebelum kematiannya, Praljak menjerit menafikan pertuduhan
jenayah perang sebelum meminum segelas racun. Beliau kemudiannya disahkan
meninggal dunia setelah digegaskan ke hospital. *The Guardian dan BBC
Tiada ulasan
Catat Ulasan