PERKEPIS Anjur Tuisyen Percuma dan Kelas Mengaji




Kuching, 20 Oktober 2017: Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) menganjurkan dua program pendidikan yang dijalankan secara berkala iaitu program “Buddies: Teaching for Needs” dan “Kelas Pengajian al-Qur’an dan Iqra’”. Program ini telah berlangsung selama beberapa minggu dan masih berjalan secara konsisten dengan kekerapan setiap minggu.

“Buddies: Teaching for Needs” adalah program tuisyen percuma kepada para pelajar tingkatan lima calon SPM tahun ini yang terdiri daripada latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. Tuisyen percuma ini memberi tumpuan kepada dua subjek utama SPM iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris. Tenaga pengajarnya terdiri daripada para mahasiswa universiti yang secara sukarela membantu. Tuisyen percuma ini diadakan pada setiap hari Jumaat malam, selepassolat Isyak bertempat di Sekretariat ABIM Sarawak (SASAR), Taman Sri Wangi, Kuching.

“Kelas Pengajian al-Qur’an dan Iqra” pula dikhaskan untuk pengajian al-Qur’an asas bagi kanak-kanak berusia empat tahun dan ke atas. Ia dijalankan pada setiap hari Selasa dan Rabu,dari jam 7:30 malam hingga 9:30 malam. Pendaftaran baharu masih dibuka bagiibu bapayang berminat menghantar anak-anak mereka. Yuran serendah RM50 sebulan dikenakan.


Untuk menyumbang, hubungi Sdri Atirah 019-8323189.





TAG