PERKEPIS Gilap Bakat Kepemimpinan Remaja


Kuching, 17 Disember 2017: Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah dengan jayanya menganjurkan program “Bintang Remaja Islam” siri-2.0, bertempat di Permai, Pantai Damai, Kuching.

Program santai yang bertujuan mencungkil bakat dan potensi kepemimpinan remaja Islam ini telah disertai seramai 30 orang remaja. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah pidato motivasi, sukan pantai, bina dinamika pasukan, latihan dalam kumpulan dan aktivitikreatif penyelesaian masalah.

Program dikendalikan oleh para pimpinan PERKEPIS Pusat, antaranya Sdr. Awang Syazuan Shafiq (YDP), Sdr. Shahril Aqmal (NYDP), Sdr. Zhariff Azhari (SUA), Sdri. Suriani Su’aidi (NYDP) dan Sdri. Norathirah Rambli (NYDP).






TAG