Persidangan Kerjasama Negara-negara
Teluk (GCC) berakhir dramatik selepas hanya berlangsung selama 15 minit. Pada 05
Disember yang lalu, pemimpin-pemimpin tertinggi Negara-negara Teluk sepatutnya
menghadiri persidangan berkenaan, namun hanya Amir Qatar Tamim bin Hamad
Al-Thani dan Amir Kuwait Sabah al-Ahmad alSabah sahaja yang menghadirinya,
manakala empat lagi ketua kerajaan Negara Teluk lain hanya menghantar
menteri-menteri untuk mewakili negara masing-masing.
Akibatnya, Amir Kuwait yang
mempengerusikan persidangan tersebut menganggap Negara-negara Teluk yang lain
tidak serius dalam menangani krisis-krisis serantau yang berlaku, sekaligus
menamatkan persidangan tersebut walaupun hanya berlangsung selama 15 minit.
Negara-negara Teluk kini ditekan
dengan pelbagai isu seperti krisis pemboikotan Qatar, isu politik dalaman
Lubnan, campur tangan Iran dan peperangan saudara di Yaman. Insiden terbaharu
ini menyebabkan ramai penganalisis politik dunia mempersoalkan kemampuan GCC
untuk menjadi sebuah blok negara Arab yang berkesan dalam menangani situasi
politik semasa, sepertimana yang berlaku kepada OIC (Organisation of Islamic Cooperation) yang dapat dianggap sebagai langsung
tidak berfungsi dalam menangani permasalahan yang berlaku dalam dunia Islam. *The
Economist & ABC News
Tiada ulasan
Catat Ulasan