Ketegangan politik Lubnan yang tercetus selepas pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri, kini beransur pulih selepas beliau menarik balik peletakan jawatan beliau yang diumumkan 3 November yang lalu.
Terdahulu, dalam ucapan peletakan
jawatannya, beliau menyalahkan pengaruh Iran yang dikatakan mencampuri urusan
kerajaannya di Lubnan. Walau bagaimanapun, Presiden Lubnan, Michel Aoun dan
Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrallah menolak peletakan jawatan berkenaan
dan menuduh Arab Saudi menahan Saad Hariri di luar kehendaknya.
Dalam ucapan terbarunya Rabu lepas,
Saad Hariri berkata akan terus mengetuai kerajaan Lubnan dan mengadakan dialog
politik dengan parti-parti tempatan Lubnan bagi mengatasi ketegangan politik
yang berlaku. Pada masa yang sama, ancaman perang dengan Israel masih
menghantui Lubnan selepas beberapa pemimpin Israel memberikan amaran bahawa
peperangan antara Israel dan Hizbullah akan berlaku tidak lama lagi untuk
‘meneutralkan’ ancaman Hizbullah di utara Israel. *The Guardian dan The Economist
Tiada ulasan
Catat Ulasan