Pada 15 November, majoriti rakyat
Australia mengundi "Ya" dalam sebuah undian untuk membenarkan
perkahwinan sejenis, menjadikan Australia sebagai negara ke-26 di dunia yang
melakukan perkara demikian.
Selepas undian berkenaan, Parlimen Australia akan
menggubal undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis diadakan di
Australia secara sah.
Australia kini seiring dengan negara
lain seperti Jerman, Belanda, Taiwan, Argentina dan Afrika Selatan yang
menjadikan perkahwinan sejenis dibenarkan dalam perundangan masing-masing. *The
Guardian
Tiada ulasan
Catat Ulasan