Rundingan Brexit: UK Tetap dengan Pendirian Keluar EU



Rundingan Brexit antara kerajaan United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) yang sebelum ini amat rumit dan tegang akhirnya mula dirungkai selepas kedua-dua pihak berjaya mendapatkan kata putus berkenaan beberapa aspek rundingan termasuk "bayaran penceraian" berjumlah antara £35 bilion hingga £39 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan UK kepada Kesatuan Eropah pada Jumaat lepas.

Rundingan "Brexit" terpaksa dilakukan apabila majoriti tipis rakyat UK memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah dalam sebuah referendum yang dianjurkan oleh bekas Perdana Menteri UK, David Cameron, sekaligus menghancurkan eksperimen besar untuk menyatukan negara-negara Eropah dalam lingkungan ekonomi dan politik yang sepadu pasca Perang Dunia Kedua.

Kekalahan kelompok penyokong "Remain" yang inginkan UK kekal dalam Kesatuan Eropah menyebabkan ketidakstabilan politik di UK, memaksa David Cameron meletakkan jawatan. Jawatan beliau diambil alih oleh Theresa May yang ditugaskan untuk mengemudi negara tersebut dalam tempoh yang sukar ini.

Brexit dijangka akan memberikan impak yang negatif ke atas ekonomi UK dan kesan jangka panjang dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara berkenaan.  *The Guardian


TAG