Rundingan penubuhan “Kerajaan Permuafakatan” Jerman berakhir


Ketidakseimbangan politik di Jerman berterusan selepas parti-parti CDU, CSU, FDP dan Green gagal mencapai kata putus untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Permuafakatan di Jerman selepas pilihan raya di negara berkenaan gagal memutuskan pemenang majoriti di Parlimen. Krisis berkenaan meletus akibat tindakan pemimpin FDP, Christian Lindner mengumumkan pengunduran partinya daripada perbincangan antara parti-parti tersebut pada 19 November.

Pilihan raya berkenaan juga memberikan kerusi di Parlimen untuk parti ekstrem-kanan AfD yang melaungkan slogan anti-imigran dan anti-Islam, sekali gus meneruskan trend kehadiran parti-parti ekstrim dan populis ke dalam politik arus perdana di negara-negara Barat. Canselor Jerman, Angela Merkel kini berhadapan dengan situasi penubuhan sebuah Kerajaan Minoriti yang tidak stabil dan tidak memiliki kekuatan majoriti di parlimen. *The Guardian dan Politico


TAG