Serangan Puak Pelampau Ragut Lebih 300 Nyawa di Mesir



Lebih 300 orang umat Islam terkorban dalam serangan kejam ke atas sebuah masjid di wilayah utara Sinai, Mesir ketika sedang menunaikan ibadah. Para saksi melaporkan sebuah letupan bom kedengaran sebelum tembakan mesingan yang bertalu daripada beberapa penjuru masjid oleh berpuluh-puluh orang penyerang yang menaiki trak pikap dihiasi dengan bendera hitam.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan, namun para penganalisa menyatakan kemungkinan besar serangan dilakukan oleh cawangan Islamic State/Daesh (IS) dikenali sebagai “Wilayat Sinai” yang aktif di kawasan berkenaan. Masjid yang disasarkan dalam serangan berkenaan adalah masjid tumpuan para pengikut aliran sufi.

Kerajaan Mesir yang diketuai oleh diktator Abdel Fatah al-Sisi menyerang balas dengan mengebom beberapa lokasi yang dikatakan milik para pengganas berkenaan. Wilayah Sinai di Mesir telah bergolak selama beberapa tahun semenjak kerajaan pimpinan Muhammad Morsi dijatuhkan oleh pihak junta tentera yang diketuai oleh bekas Menteri Pertahanan, Abdel Fatah al-Sisi.  *The Guardian dan The Economist





TAG