Rakyat
Syria di Ghouta Timur, Douma dan beberapa kawasan lain kini berisiko menghadapi
krisis kebuluran terburuk dalam sejarah Syria apabila rejim zalim Assad
berterusan mengepung kawasan-kawasan berkenaan.
Kengganan
pihak tentera Syria membenarkan bantuan makanan dan ubatan memasuki
kawasan-kawasan berkenaan dikatakan sebagai strategi bagi menumpaskan pejuang
pembebasan Syria yang enggan menyerah diri. Momentum
peperangan di Syria kini beralih kepada kerajaan Assad selepas mendapat bantuan
daripada Rusia, Iran dan Hizbullah.
Keadaan yang sama turut berlaku di
Yaman setelah kerajaan Arab Saudi menutup sempadan Saudi-Yaman sebagai usaha
melemahkan
pihak pemberontak Houthi yang kini telah menawan ibu negara Yaman.
Keengganan
kerajaan Arab Saudi membuka sempadan untuk memberi laluan konvoi bantuan
makanan dan perubatan berisiko tinggi akan mengakibatkan
kebuluran yang akan menjejaskan jutaan rakyat Yaman jika tiada bantuan segera
diberikan. *The Guardian
Tiada ulasan
Catat Ulasan